We’re back again..! This time we’re going to post only 3 photos taken from Sue Anna and Adzmeer weddings for teaser. We’ve covered their events from their Pre Wedding, Solemnization, Bride Reception and Groom Reception.. So watch this space..! A complete archive coming on it’s way soon.. :D



Jun 24, 2010 | Categories: Notice, Outdoor Photography, Outdoor Wedding, Weddings | Tags: Adzmeer, click syndicate, click*syndicate, farul azri, Gambar outdoor, Gambar Pengantin, pengantin baru, Sue Anna, Suhana, Tajul Zaffli, Wedding Outddor, wedding outdoor portraiture | 2 Comments »


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia Click*Syndicate | The Blog ni.. Pheww.. Dah berapa lama saya tak sempat nak update blog ni dan terbiar bersawang.. Maafkan saya guys and girls..! Semenjak dua menjak ni macam-macam perihal isu-isu berbangkit terjadi.. Baik pada keluarga saya sendiri dan juga pada hala tuju Click*Syndicate photography. Kesihatan kedua orang tua saya (Mak dan Abah) berada ditahap yang agak merisaukan, (at least untuk seorang anak sulung seperti saya, ianya merisaukan). Bila tubuh tua mereka semakin dimamah usia dan kesihatan yang semakin meruncing, saya jadi terpana dan pilu. Segala usaha saya untuk menjaga dan berikhtiar berubat buat mereka bercampur aduk dengan bebanan kerja yang ditanggung.. Saya tidak merungut langsung, hanya sekadar mahu berkongsi kisah suka duka saya selama ini..
Click*Syndicate kini bukan lagi sebuah organisasi seperti mana ianya dahulu. Organisasi yang saya maksudkan ialah begini: Sebelum ini, Click*Syndicate adalah ramai.. Terdiri dari beberapa jurugambar professional dan separa profesional di bawah satu nama iaitu Click*Syndicate Photography.. Kini, Click*Syndicate hanyalah saya seorang.. Click*Syndicate ialah Farul Azri dan Farul Azri ialah Click*Syndicate. Tiada lagi Abu Bakar Fahmi a.k.a Enche Burn dan juga Daniel Malek atau Danny Malek dan juga tiada lagi mana-mana photographer yang bersama Click*Syndicate melainkan saya seorang.. Apa yang ada hanyalah mana-mana photographer profesional dan separa profesional yang akan ‘tag-along’ bersama saya dalam assignment assignment akan datang.. Tidak timbul langsung isu-isu seperti photographer bermasam muka sesama sendiri atau sebagainya.. Saya sebagai Principal Photographer telah menyediakan wadah dan juga ruang ilmu bagi mereka-mereka ini belajar dari pengalaman yang ingin saya taburkan secara percuma yang telah lebih 10 tahun saya kutip dalam kerja-kerja mengambil gambar (cuma setahun kebelakangan ini saya kembali aktif setelah diam bertahun lama) tapi atas alasan-alasan mereka sendiri yang tidak mahu (mungkin ego) belajar, maka apa daya saya lagi.. Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka semua.. Amin dan inshaallah..
Buat Mak dan Abah, inshaallah.. Kesihatan yang baik masih ada buat kalian.. Buat Mak, Selamat Hari Ibu pada tanggal Mei 8 yang lepas dan buat Abah, Selamat Hari Bapa yang akan datang bulan depan.. Buat semua pengunjung The Blog ini, maafkan saya kerana dah lama tak update apa-apa gambar ataupun info terbaru, so bersama posting kali ini saya sertakan gambar-gambar sekitar majlis resepsi Intan & Fairuz di Taiping, Perak bersama rakan photographer saya Enche Hasbullah Hashim atau lebih glamer dengan nama Pak Lah The Pegawai Uganda.. Hehehe..
Gambar-gambar majlis ini akan saya bahagikan dalam 3 bahagian; #1 – Make up, #2 – Majlis Resepsi dan #3 – Outdoor.. So, guys and girls, keep on visiting okay.. Saya akan kembali aktif mengemaskini The Blog untuk tatapan anda semua.. Inshaallah..!
Wassalam
Farul Azri
Principal Photographer | Creative Director
Click*Syndicate Photography
+ (6) 012 610 8355
farulazri@click-syndicate.com


(more…)
May 11, 2010 | Categories: Make Up Sessions, Notice, Photographers, Photographic, Portraiture, Weddings | Tags: click syndicate, click*syndicate, Fairuz, farul azri, fotografi perkahwinan, Gambar Pengantin, Intan, Ipoh, kuala lumpur, make up pengantin, Taiping, wedding make up session, wedding photography | 2 Comments »
Salam semua.. Lama pulak tak update blog ni dan rasa masih terhutang gambar dengan pasangan pengantin baru, Azwana & Amrin. Bukan kami saja tak mahu update, tapi kesibukan yang terlampau dan masa yang tak cukup membuatkan kami terkejar-kejar dalam banyak urusan. Maafkan kami. Apa-apapun, posting kali ini ialah berkenaan gambar-gambar sekitar majlis resepsi mereka di School of Architecture, UIA Gombak.
Majlis ni memang meriah ditambah pula si Amrin ni bersatu majlisnya dengan adik kandungnya yang juga meraikan hari bersejarah mereka bersama.. Lepas ni korang boleh la celebrate anniversary dengan isteri tercinta sama-sama.. hehehe.. Ok, buat sementara ni, korang-korang enjoylah dulu gambar-gambar majlis ni dulu ye.. Gambar-gambar outdoor di UIA ni akan menyusul lepas ni pula.. So stay tune..!! Kepada yang berminat untuk membuat tempahan servis fotografi bagi hari bersejarah korang dengan Click*Syndicate ni, silalah hubungi Principal kami di talian + (6) 012 610 8355 (Farul Azri ) atau email kepada contact@click-syndicate.com



(more…)
Apr 06, 2010 | Categories: Photojournalism, Wedding | Tags: Amrin, Azwana Shamsudin, click syndicate, click*syndicate, gambar kahwin, Gambar Pengantin, International Islamic University of Malaysia, kenduri kahwin, Majlis Perkahwinan, pengantin baru, resepsi perkahwinan, UIA Gombak, Universiti Islam Antarabangsa, wedding reception | 3 Comments »
Yaa.. Betul..! Posting kami masih lagi sekitar majlis persandingan Azwana & Amrin di Klang tempoh hari hasil kerja tangan Bos kami, Farul Azri sambil di bantu oleh Daniel Malek. Memang banyak gambar-gambar diorang ni sebab diorang ambik full package coverage dengan Click*Syndicate. Dari pre wedding mereka sampai lah pada majlis bertandang mereka… Haa.. Itu la untungnya bila ambil full package dengan kami sebab keserasian antara pasangan pengantin dan jurugambar semakin terserlah dari setiap majlis mereka.. Buktinya gambar-gambar kali ini lebih natural dari biasa dan pasangan juga tak kekok lagi bila diminta posing..
Jadi kepada yang berminat dengan hasil kerja kami dan merancang untuk majlis sekitar tahun ini atau pun bila-bila sahaja, sila hubungi Principal kami (Farul Azri) di talian + (6) 012 610 8355 untuk maklumat lanjut.. Ok.. Enough of talking and babbling.. Kali ini kami up gambar-gambar outdoor mereka pula.. Coming soon gambar-gambar sekitar majlis mereka di UIA Gombak serta outdoor di sana.. So, stay tuned..!



(more…)
Mar 18, 2010 | Categories: Outdoor Wedding, Portraiture, Weddings | Tags: click syndicate, click*syndicate, fotografi perkahwinan, Gambar Pengantin, gambar pengantin outdoor, Outdoor Wedding, Portraiture, wedding ceremony, wedding photography, wedding portraiture, wedding reception | Leave A Comment »
Hello guys and girls.. Ini ada satu lagi posting tentang majlis persandingan Azwana & Amrin kat Klang, Selangor minggu lepas.. Terlalu banyak sangat gambar-gambar dari majlis tersebut sampai kami dah tak terpilih gambar-gambar yang nak sumbat kat dalam blog ni.. Tapi ni baru entry majlis ni yang kedua (selepas majlis nikah diorang). Esok-esok kami akan upload gambar-gambar outdoor pulak serta majlis bertandang di UIA Gombak. Buat sementara ni korang semua layan la gambar-gambar Azwana & Amrin ni sampai lebam ok? Hahaha..
Enjoy..

(more…)
Mar 15, 2010 | Categories: Portraiture, Wedding | Tags: Amrin, Azwana Shamsudin, click syndicate, click*syndicate, foto pengantin, gambar kahwin, kenduri kahwin, Klang, Reception, Resepsi, Selangor, Wedding | 1 Comment »